Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

167 PREMIS DITETAPKAN BELUM PEROLEH SIJIL PERAKUAN BOMBA DI SELURUH NEGERI

Kamarulzaman menyampaikan cenderkenangan kepada salah seorang wartawan Pedalaman Sabah pada seminar berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Pterus

KENINGAU: Sebanyak 167 Premis Ditetapkan masih belum memperolehi Sijil Perakuan Bomba (FC) daripada 510 yang dikenalpasti di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, Premis Ditetapkan adalah permis yang wajib memiliki Sijil Perakuan Bomba mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

“Daripada jumlah tersebut hanya 333 permis telah memperolehi Sijil Perakuan Bomba.

“Pelaksanaan Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS) JBPM telah diperkenalkan melalui satu aplikasi bagi membantu memudahkan dalam urusan perlesenan dan mengurangkan karenah birokrasi seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan JBPM tanpa perlu ke balai Bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar BLESS Peringkat Zon Keningau, JBPM Sabah di sini pada Rabu.

Katanya, sistem berkenaan mula diperkenalkan pada 2016 dan dikuatkuasakan pada 2017.

“Pada tahun ini akan digunakan sepenuhnya bagi memudahkan urusan perlesenan tersebut,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan