Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli ahli PBS harus bersatu-Radin

Radin bersalaman dengan salah seorang penduduk kampung
Radin bersalaman dengan salah seorang penduduk kampung

MATUNGGONG:  Ahli ahli PBS di kawasan Matunggong harus bersatu padu dan bekerjasama bagi memastikan kejayaan merebut semula kerusi Dewan Undangan Negeri Matunggong dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Malleh mengingatkan ahli-ahli parti supaya bekerjasama untuk menjayakan program-program pengukuhan parti yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan PBS pada ketika ini.
Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula jawatan cawangan PBS Sampir Darat, Matunggong baru baru ini.
Terdahulu Radin mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan jawatan bagi cawangan-cawangan PBS Sampir Darat, Birahan Darat dan Tigaman dalam kawasan DUN Matunggong.
Semua pemilihan jawatan di cawangan-cawangan dalam kawasan DUN Matunggong dibuat semula pada tahun ini berikutan keputusan Majlis Tertinggi PBS membatalkan pemilihan jawatan di bahagian PBS Matunggong pada tahun lepas.
Ahli-ahli parti yang setia dengan parti itu akan memastikan kesinambungan perjuangan parti itu di masa hadapan, katanya.

“Pertandingan jawatan dalam parti ini membuktikan amalan demokrasi hidup dalam parti ini,” tegasnya lagi.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan