Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jelani sokong kenyataan Richard Malanjun

Dato' Jelani Hamdan
Dato’ Jelani Hamdan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Richard Malanjun berhubung kebanjiran pendatang asing di Sabah khususnya Pakistan.

Katanya, Richard Malanjun juga tidak perlu memohon maaf atau menarik balik kenyataannya berhubung perkara ini.

“Saya dan Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA)  menyokong penuh nasihat dan pandangan Richard Melanjun. Tegurannya ikhlas dan bersifat patriotic kepada negeri Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Mantan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Akhbar Khan Abdul Rahman yang mahu Malanjun memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Jelani berkata, Akhbar sepatutnya memahami masej yang disampaikan Malanjun yang menyentuh pendatang atau warga negara Pakistan yang berada di Sabah dan bukan warga negara Malaysia di Sabah yang berketurunan Pakistan.

“Kecuali mantan Ahli Parlimen itu masih menganggap beliau sebagai warga negara Pakistan atau tergolong di kalangan mereka”, tegasnya.

Jelani berkata, secara peribadi dia amat mengenali Richard Malanjun dan berpendapat  beliau ikhlas dan bersifat patriotik dalam memberi teguran itu.

“Richard Malanjun tidak perlu memohon maaf atau menarik balik pandangan beliau itu”, tambahnya.

Jelani juga menyeru agar Kerajaan lebih serius dalam menangani masalah pendatang tanpa izin  (PTI) bukan sahaja dari Pakistan bahkand ari negara-negara lain.

Secara spesifik beliau meminta agar peniaga-peniaga warga negara asing khususnya pengendali restoran-restoran diperiksa dokumen-dokumen mereka sama ada mereka memperolehinya secara sah atau sebaliknya.

Katanya, jika didapati lesen peniagaan, dokumen atau pass kerja mereka tidak sah, mereka harus diusir dan diambil tindakan tegas, termasuk pemilik-pemilik kedai yang bersekongkol dengan mereka.

Jelani juga meminta pihak berkuasa berkaitan membuat pemeriksaan di tapak-tapak kraftangan Rungus Badarag sama ada kawasan itu telah diceroboh oleh PTI atau sebaliknya.

Menurutnya, beliau secara peribadi akan membuat lawatan mengejut ke kawasan itu dalam tempoh terdekat bagi meninjau keadaan sebenar kawasan itu.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan