Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Larangan guna perkataan Merdeka dalam iklan Hari Kebangsaan

Banner Sabah News Today dalam akaun Facebook. Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan garis panduan untuk penyiaran iklan ucapan sambutan Hari Kebangsaan melarang penggunaan perkataan “Merdeka” ataupun menyebut bilangan tahun perayaan.

Menurut Sekretariat Merdeka Unit Pengurusan Acara, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian, garispanduan ini adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 3 Julai lalu.

Jawatankuasa membuat keputusan tersebut demi menjaga sensitiviti dan hubungan antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Pada tahun-tahun sebelum ini, timbul pelbagai reaksi dan komen terutama dari Sabah dan Sarawak mengenai sambutan perayaan 31 Ogos yang dipanggil Hari Kemerdekaan walhal menurut mereka Malaysia tidak pernah merdeka pada 31 Ogos.

Begitu juga ulangtahun sebenar hari Kemerdekaan Malaysia turut menjadi topik perbincangan hangat samaada ianya bermula pada tahun 31 Ogos 1957, tahun Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan ataupun 16 Sept 1963, iaitu tahun penubuhan Persekutuan Malaysia.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan