Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

160 pembeli PPRT Meruntum dan Ketiau terpedaya, tiga wanita ditahan

PPRT

PENAMPANG – Polis menahan tiga orang wanita tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan melibatkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Meruntum dan Ketiau Putatan, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah, Superitendan Md Razif Alang Mat Jaya berkata, serbuan di tiga lokasi berasingan itu turut merampas wang tunai berjumlah RM78,700 serta pelbagai salinan dokumen pemohonan rumah daripada ketiga-tiga suspek berumur 25 hingga 30 tahun itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek utama yang berasal dari Taman Look Kasi, Papar membuat iklan palsu kepada orang awam mengenai penjualan rumah itu dengan tawaran harga RM62,000 seunit manakala dua lagi suspek bertindak mencari pembeli.

“Seramai 160 orang telah membayar RM1,400 setiap seorang sebagai wang pendahuluan selepas terpedaya dengan tawaran palsu yang diberikan suspek itu,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek berasal dari Kampung Baru Luyang dan Kampung Luyang itu diberikan komisen RM500 dan RM900 untuk setiap pembeli.

Kes tangkapan tersebut dibuat selepas Ibupejabat Polis Daerah Penampang menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki tempatan berumur 29 tahun pada Rabu lepas.

Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Majlis Daerah Penampang mengesahkan tidak pernah melantik individu atau syarikat sebagai agen menjual rumah PPRT tersebut.
oleh Nuzir Andi Samsiar /sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan