Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

160 calon SRU dan 47 calon SMU mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan

4:05pm 25/11/2016 Leolerry Lajius 134 views Pendidikan,Tempatan
Arifin (tengah) mengambil gambar bersama pelajar SRU.

Arifin (tengah) mengambil gambar bersama pelajar SRU sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 160 calon peperiksaan Sekolah Rendah Ugama (SRU) dan seramai 47 orang calon peperiksaan Sekolah Menengah Ugama (SMU) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, pada tahun ini serami 4928 orang calon telah menduduki peperiksaan SRU manakala bagi peperiksaan SMU pula melibatkan seramai 343 calon.

“Secara keseluruhannya saya dapati prestasi keputusan bagi kedua-dua peperiksaan ini menunjukkan sedikit penurunan namun dari segi kualiti ia meningkat kerana jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini lebih ramai berbanding tahun lalu,”katanya ketika sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksan SMU dn SRU, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan pencapaian dalam aspek kurikulum mata pelajaran berhubung Wasatiyyah dan Jihad juga akan diajarkan di sekolah ini.

“Subjek ini memang telah diajar tetapi ia diajar secara umum dan pengajaran mengenai mata pelajaran ini kita akan fokuskan kepada sekolah menengah.”

“Langkah ini juga adalah bagi memastikan anak-anak kita terus dalam pemikiran wasatiyyah dan tidak terlibat dengan anasir-anasir yang bertentangan dengan nilai islam itu sendiri,”katanya.

Tambah Ariin, beliau juga telah meminta pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk memasukkan mata pelajaran berkenaan dalam sukatan mata pelajaran di sekolah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Arifin (tengah) mengambil gambar bersama pelajar SMU sempena majlis berkenaan.

Arifin (tengah) mengambil gambar bersama pelajar SMU sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan