Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 SEPTEMBER PERISTIWA BERSEJARAH BAGI WARGANEGARA MALAYSIA

Sebahagian orang ramai yang menyaksikan Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada setiap 16 September adalah sebuah peristiwa bersejarah bagi rakyat yang bergelar warganegara Malaysia.

Untuk rekod, katanya, Malaya atau Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, diikuti Sabah pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak merdeka pada Julai 1963.

“Hakikatnya, negara ini terbentuk apabila Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu pada ketika itu, bergabung untuk mewujudkan sebuah negara iaitu Malaysia pada tarikh 16 September 1963. Bagaimanapun Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia dua tahun kemudian.

“Penubuhan Malaysia telah mengubah perjalanan sejarah, membangkitkan rakyat dalam semangat kesepaduan dan memberikan kita identiti Bangsa Malaysia,” katanya.

“Inilah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh kita semua …

“Oleh yang demikian, janganlah kita terpengaruh dengan emosi sehingga kita terlupa bahawa apa yang lebih penting adalah untuk menyelami dan menghayati erti kemerdekaan atau kebebasan sebenar, dan menterjemahkannya kepada tindakan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan