Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 Polis Colombia Maut Helikopter Blackhawk Terhempas

16 anggota polis terbunuh di Colombia apabila sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil. - Foto AFP
16 anggota polis terbunuh di Colombia apabila sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil. – Foto AFP

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 16 anggota polis terbunuh di Colombia apabila sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil semalam.

Ketika kejadian, seramai 18 pegawai polis di dalam helikopter jenis Blackhawk terbabit dalam operasi memburu kumpulan dadah Usuga yang terbesar di Antioquia, di barat daya Colombia, demikian menurut Menteri Pertahanan, Luis Carlos Villegas.

Dua lagi anggota polis cedera dan melecur dibawa ke hospital berhampiran.

“Setakat ini tiada unsur jenayah membabitkan nahas ini,” katanya. Villegas berkata, kawasan hutan tebal dan membabitkan kawasan pergunungan selain cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat yang bermula jam 5.30 pagi waktu tempatan.

“Pada ketika ini, secara teori helikopter ini menjunam ke kawasan berbukit dengan kelajuan 120 knot atau 180 kilometer sejam serta ada kemungkinan dihalang oleh awan tebal yang rendah,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan