Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 penduduk Kampung Rugading, Tawau dipindah ekoran banjir

Antara rumah yang dinaiki air di Kampung Rugading. - foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau.
Antara rumah yang dinaiki air di Kampung Rugading. – foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau.

TAWAU – Hujan lebat tanpa henti sejak semalam mengakibatkan seramai 16 penduduk dari empat buah keluarga terjejas akibat banjir di Kampung Rugading, dekat sini pada pukul 3 petang tadi.

Kesemua mangsa banjir tersebut yang dipindahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau kini ditempatkan sementara di kawasan selamat.

Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.33 pagi ini daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Kami tiba di lokasi kejadian pukul 9.05 pagi dan setibanya kami di situ, sebanyak empat buah rumah telah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Faizal, daripada jumlah 16 mangsa banjir yang dipindahkan itu, mereka terdiri daripada lelaki dan wanita masing-masing tiga, kanak-kanak lelaki (enam) dan kanak-kanak perempuan pula empat orang.

Beliau menjelaskan, hanya penduduk tersebut sahaja yang dipindahkan setakat ini dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan banjir di kawasan itu dari semasa ke semasa. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan