Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

16 PATI Ditahan Imigresen Tawau

11:29am 16/04/2016 Pak Roshan 43 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar arkib SayangSabah

gambar arkib SayangSabah

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat kanak-kanak lelaki dan seorang bayi lelaki warga Filipina dalam operasi bersepadu di Tawau dan Kunak, semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata operasi bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) itu memeriksa 34 individu di Kampung Sungai Atas Kunak dan lapan daripadanya ditahan.

“Seorang lelaki dan tujuh wanita berusia 15 hingga 50 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata di Tawau pula, lapan individu turut ditahan iaitu tiga wanita berumur antara 28 dan 60 tahun, empat kanak-kanak lelaki berumur tiga hingga tujuh tahun dan seorang bayi lelaki berusia lima bulan.

Kesemua mereka ditahan kerana melanggar peraturan Imigresen Seksyen 6 (1)(c).

Noraini turut meminta orang ramai untuk memaklumkan kepada Jabatan Imigresen jika mengetahui lokasi PATI berada atau bersembunyi dan jabatannya akan sentiasa menjalankan operasi dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan