Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

16 PATI Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Sekitar Kota Kinabalu

9:26am 08/04/2016 Pak Roshan 228 views Jenayah,Mutakhir

Pati-yg-ditangkap1-e1443964691556

KOTA KINABALU : Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua daripadanya wanita, ditahan dalam operasi bersepadu selama lebih enam jam di kawasan penempatan setinggan di sekitar Kota Kinabalu, bermula jam 1 pagi Khamis.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataannya hari ini berkata 15 daripada PATI berumur antara tujuh hingga 40 tahun yang ditahan berkenaan adalah warga Filipina dan hanya seorang warga Indonesia.

Katanya PATI yang ditahan berkenaan adalah sebahagian daripada 54 individu yang diperiksa dalam operasi yang disertai 71 anggota dan enam agensi penguatkuasa, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Selain PATI, turut ditahan dalam operasi berkenaan ialah lapan individu, seorang daripadanya wanita, ditahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan