Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Mambakut

KOTA KINABALU – Seramai 16 mangsa daripada tujuh keluarga di Membakut, Papar terpaksa dipindahkan tengah hari tadi apabila hujan berterusan sejak dua hari lepas sehingga mengakibatkan banjir.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi kenyataan hari ini berkata mangsa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Membakut sejak 12.40 tengah hari.

“Sebanyak enam kampung terjejas iaitu Kampung (Kg) Jambatan Baru, Kg Kayai, Kg Lampijas, Kg Lumantak, Kg Baitam, Kg Baru dan kesemua kampung berkenaan kini hampir pulih,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu berkata hanya lima mangsa daripada dua keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Kebudayaan Penampang di daerah Penampang sehingga 2 petang ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan