Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

16 keluarga tinggal sehelai sepinggang

12:18pm 01/11/2016 Pak Roshan 2533 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
Penduduk kampung turut sama membantu memadamkan api semasa kejadian.

Penduduk kampung turut sama membantu memadamkan api semasa kejadian.

KENINGAU: Sebanyak 16 buah keluarga di Kampung Pagalungan Ansip, dekat sini tinggal sehelai sepinggang apabila terlibat dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah.

Menurut Penguasa Bomba Daerah, Abu Hassan bin Che Nawi, pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.58 pagi dan bertindak atas maklumat pihak bomba bersama lapan orang anggota dan dua buah jentera telah bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, setibanya di tempat kejadian lebih kurang jam 11.15 pagi, anggota bomba bersama penduduk setempat telah bekerjasama untuk memadamkan api. Kebakaran berjaya dikawal selepas satu jam.

“Syukur alhamdulillah kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa dua jam, hasil kerjasama dari penduduk kampung. Namun tujuh buah rumah yang terlibat tidak dapat diselamatkan lagi akibat cuaca panas terik dan angin kuat,” katanya lagi.

Pada kejadian itu, seorang mangsa yang juga Ketua Anak Negeri (KAN) Sapri Lagusing melecur di bahagian belakang ketika cuba memadam api yang sedang merebak.

“Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Jumlah kerugian dan punca kebakaran kini masih dalam siasatan,” katanya. – NewSabahTimes

kebakaran2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan