Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 Individu Disyaki Terlibat Kes Curi Motosikal Ditahan

motor curi

KOTA KINABALU, 11 Mac : Polis menahan 16 individu disyaki terlibat dengan beberapa kes kecurian motosikal dalam ‘Op Lejang’ di sekitar bandar raya Kota Kinabalu dan pusat beli-belah di sini, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua yang ditahan berumur antara 16 hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan… kita dapati mereka mencuri motorsikal berdasarkan peluang yang ada untuk mendapatkan alat ganti kerana mereka terlibat dengan (aktiviti mat rempit).

“Mereka bergerak dalam kumpulan kecil,” katanya kepada pemberita pada program pencegahan jenayah curi motosikal di Pondok Polis Warisan Square, dekat sini hari ini.

Menurut Chandra, antara faktor berlaku kecurian motosikal ialah kelalaian pemilik motosikal seperti meninggalkan kunci pada motosikal, tidak mengunci ‘handle’ motor dan tidak mempunyai kunci pendua.

Chandra berkata jumlah kes kecurian motosikal di Kota Kinabalu antara Januari hingga Februari tahun ini ialah 49 kes iaitu menurun berbanding 75 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, Chandra menasihatkan pemilik motorsikal supaya meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang disediakan bagi mengelak disaman. Pada majlis itu, polis turut memperkenalkan program nota peringatan kepada pemilik motosikal yang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan.

Dalam perkembangan lain, Chandra berkata pihaknya turut memberkas 17 individu berumur antara 24 hingga 50 tahun dalam serbuan di dua premis judi di sekitar Kota Kinabalu dan Salut Commersial Centre, Sepanggar antara 27 Feb dan 3 Mac lalu.

Selaian itu, polis turut merampas beberapa peralatan perjudian serta wangtunai berjumlah RM1,710. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan