Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 DITAHAN, SENAPANG ANGIN DIRAMPAS DALAM OPS BERSEPADU CEGAH JENAYAH

 

Anggota polis menyoal siasat ketika pemeriksaan dibuat ketika operasi bersepadu dijalankan. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Polis menahan 16 suspek dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang diadakan di empat lokasi di sekitar Ibu negeri ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai 12 orang yang ditangkap dalam operasi itu adalah pendatang tanpa izin (PATI) dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

OCPD Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji/Gambar Fail SNT

“Empat lagi suspek iaitu masing-masing dua daripada mereka didapati posiitf dadah dan dua lagi memiliki senjata api berjadual secara haram.

“Mereka akan disiasat mengikit Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya dalam kenyataan hari ini

Dalam operasi itu, Habibi berkata, polis berjaya merampas selaras senapang angin berukuran satu meter daripada pasangan warga tempatan yang berumur 28 tahun.

Selaras senapang angin turut dirampas dalam operasi bersepadu yang dijalankan. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

Beliau menambah, operasi selama tujuh jam itu dibantu Pasukan Sahabat polis terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresem, RELA dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk pemotongan sambungan elektrik haram di penempatan setinggan.

“Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau media sosial dalam usaha membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial di sekitar Kota Kinabalu,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan