Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

16 ditahan Ops Cantas Khas perairan Semporna

16 ditahan ppm

SEMPORNA: Seramai 16 suspek ditahan menerusi Ops Cantas Khas Perairan yang dijalankan untuk membanteras kegiatan menyalahi undang-undang maritim dan menguatkuasakan perintah berkurung.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata, suspek-suspek itu disyaki terbabit dalam tujuh kes berasingan melibatkan kira-kira RM50,000 nilai rampasan keseluruhan.

“Empat kes melibatkan kesalahan melanggar Akta Perikanan 1985 dan masing-masing satu kes membabitkan Akta Bahan Letupan, Akta Imigresen dan Enakmen Perhutanan,” katanya.

Dalam kenyataan medianya di sini kelmarin, Mohamad berkata kesemua suspek ditahan PPM di sekitar perairan Semporna pada masa dan lokasi berasingan semenjak awal bulan ini.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu diketuai oleh Pegawai Pemerintah Operasi ASP Safardi Abd Samad yang dibantu seorang pegawai dan 10 anggota PPM Semporna.

“Kita akan meningkatkan operasi ini selain memeriksa semua pengangkutan laut secara berterusan di perairan negeri ini untuk memastikan undang-undang maritim dipatuhi,” katanya.

Katanya, langkah itu perlu diambil untuk memastikan individu-individu yang terlibat dalam perlanggaran undang-undang maritim menerima hukuman sewajarnya.

Sehubungan itu, Mohamad meminta masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim untuk membolehkan tindakan segera diambil.

“Hubungan kerjasama antara PPM dan masyarakat amat diperlukan sebagai usaha bersama menjaga keselamatan dan kedaulatan di perairan, pulau-pulau dan pesisiran pantai,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan