Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

16 cedera kena tembak

11:32am 24/11/2015 Pak Roshan 0 views Global
PEGAWAI mengusung seorang lelaki yang cedera dalam kejadian tembak-menembak di New Orleans, semalam.

PEGAWAI mengusung seorang lelaki yang cedera dalam kejadian tembak-menembak di New Orleans, semalam.

New Orleans: Tembak-menembak yang meletus antara dua kumpulan bertentangan di sini, ketika ratusan orang berkumpul untuk penggambaran satu video muzik menyebabkan 16 orang cedera awal semalam.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Polis New Orleans Tyler Gamble berkata, tidak ada kematian dilaporkan.

“Setakat ini, hasil maklumat daripada sebahagian mangsa nmenunjukkan , terdapat dua kumpulan bertentangan yang menembak satu sama lain,” kata Gamble.

Ketika ditanya kemungkinan ia membabitkan kumpulan penjenayah, dia berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

Saksi memberitahu polis, kedua-dua kumpulan yang terbabit meninggalkan taman berkenaan selepas kejadian.

Polis berkata, 10 mangsa dibawa ke hospital berhampiran dengan ambulans sementara enam lagi dihantar dengan kereta persendirian.

Menurut Gamble, semua mangsa cedera akibat ditembak secara langsung. Mereka bagaimanapun dilapor dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku jam 6.15 petang (10.15 pagi waktu Malaysia) di taman Bunny Friend. Ratusan orang berkumpul di taman berkenaan untuk penggambaran satu video muzik yang tidak mendapat permit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan