Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

15 tong LPG bernilai RM12,990 cuba diseludup ke luar

15 tong gas LPG bernilai RM12,990 di perairan Tawau yang dirampas pihak berkuasa. - foto ihsan APMM
15 tong gas LPG bernilai RM12,990 di perairan Tawau yang dirampas pihak berkuasa. – foto ihsan APMM

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng barang kawalan iaitu 15 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM12,990 di perairan Tawau, di sini.

Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Tawau, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, pihaknya telah menahan sebuah bot jongkong yang dalam perjalanan menghala ke Nunukan Indonesia dari Sungai Pasir Putih, Tawau.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot jongkong berkenaan mendapati terdapat seorang juragan warga tempatan berumur 26 tahun membawa muatan tong LPG yang berat 14 kilogram setiap satu tanpa sebarang dokumen kebenaran sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Bot dan barang tahanan telah dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cuba menyeludup keluar barang subsidi ke negara jiran. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan.

Katanya, orang ramai yang mendapati berlaku kecemasan atau aktiviti yang mencurigakan berlaku di perairan Tawau khasnya boleh menghubungi talian MERS 999 atau Hotline APMM Tawau di talian 089-752115. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan