Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

15,791 DVD cetak rompak dilupuskan

6:48pm 26/11/2015 Leolerry Lajius 29 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 15,791 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak yang  bernilai RM126,328 dilupuskan di stor barang kes berpusat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Deputi Superintendan Yong Thian Foh berkata, kesemua DVD  termasuk 180 DVD lucah berkenaan adalah barangan yang dirampas sejak tahun  2008 hingga 2015.

“Melalui rampasan itu, kita telah berjaya menahan dan mendakwa 12 suspek termasuk empat wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun,” katanya.

Turut menyaksikan perlupusan terbabit adalah Wakil Majistret Kota Kinabalu, Rita Kunsoi.

Tambah beliau, Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 5 (1) (a) dan Seksyen 18 (4) (a) Akta Penapisan Filem 2002.

Jelas Thian Foh, rampasan DVD itu kebanyakkan dilakukan di pusat membeli-belah di sekitar bandar raya ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Operasi melupuskan DVD cetak rompak-Gambar Oleh Jimmy Tan

Operasi melupuskan DVD cetak rompak-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan