Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LANGKAH PROAKTIF TANGANI MASALAH PENGANGGURAN KALANGAN SISWAZAH

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 dimulakan di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin.

KOTA KINABALU: Kerajaan baharu kini mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah pengangguran dalam kalangan siswazah.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusuf Yaacob berkata, usaha berkenaan kerana peluang pekerjaan bagi golongan siswazah adalah terhad di Sabah.

Tambahnya, faktor lain yang membawa kepada pengangguran ini disebabkan kekurangan industri yang bersedia untuk menawarkan peluang pekerjaan siswazah.

“Kementerian ini telah mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu para pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

“Inisiatif telah diambil melalui Melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah bagi mengadakan sesi libat urus bersama Sabah Employers Association dan beberapa pihak industri untuk mendapatkan taklimat awal kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan kepada pencari kerja khususnya bagi golongan siswazah.

“Maklumat ini disalurkan di dalam setiap program jabatan seperti Karnival Pekerjaan,” katanya sebagai menjawab soalan Matbali Musah (BN-Lumadan)
berkenaan tindakan jangka panjang dan pendek kementerian bagi membantu graduan menganggur Sabah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Selain itu, Yusuf berkata, JTK juga akan mengendalikan pelbagai program-program perkongsian maklumat kepada agensi-agensi dalam dan luar negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan di Sabah.

“Dan program-program lain seperti Train Ride Sabah mahupun Program Kerjaya Sabah 2018 dan Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda yang akan menjelajah ke lima buah daerah di Sabah,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan