Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,500 terima sumbangan dari Ghulam dan Rosnah

ghulamrosnah

PAPAR: Seramai 1,500 orang Fakir miskin,warga emas, ibu tunggal dan mualaf menerima sumbangan barangan berupa makanan, dari Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Haji Abd. Rashid Shirlin.

Sumbangan yang di berikan saban tahun, telah mula di lakukan sejak kedua mereka ini, dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang dan Ahli Parlimen Papar, sumbangan yang di sampaikan itu, bagi meringankan beban keluarga mereka, di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Kampung-kampung yang telah di lawati untuk menyampaikan sumbangan itu ialah Kampung Sapat, Pengalat Kecil, Bandusan, Pengalat Besar, Sakayan, Beringgis, Kinarut dan Kampung Kawang.

Dalam pada itu, Ghulam berkata, masyarakat Islam dalam menjalankan kehidupan sepanjang bulan Ramadan, mereka hendak lah merenung untuk sama-sama bermuhasabah diri dengan melihat hari-hari yang berlalu, untuk berusaha meningkatkan kualiti hidup yang lebih positif dan berjaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawang itu, mengajak Umat Islam untuk sama-sama menjalankan keualiti hidup dengan mempertingkatkan usaha menyucikan diri, menjauhi perkara-perkara negetif yang boleh merosakkan akhlak dan jati diri, sepanjang bulan yang hadir setahun sekali ini.

Seterusnya beliau mengingatkan umat Islam, bahawa perpaduan merupakan landasan yang terbaik untuk mengukuh dan mengeratkan perhubungan antara pemimpin dengan rakyat, rakyat dengan kerajaan dengan kata lain, pemimpin dan rakyat terus bersatu menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN),

“Dengan perhubungan yang baik antara pemimpin dengan rakyat, rakyat dengan kerajaan, tentunya akan memudahkan segala permasalahan rakyat diselesaikan dan segala projek yang di rancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan mencapai kepada sasarannya,” katanya.

Timbalan Ketua Umno bahagian, Papar itu, mengingatkan kepada semua rakyat yang berbilang kaum dan agama, apa juga perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan, ia merupakan perancangan jangka panjang yang telah di ambil kira untuk kebaikan semua rakyat, tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Ghulam menyeru kepada semua rakyat di kawasan Kawang, supaya sentiasa positif untuk menyokong apa juga projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang akan memberi kebaikan untuk rakyatnya.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawang, Datuk Juil Nuatim; Ketua Pegawai Perhubungan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Haji Talib Abd.Rahim; Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawang, Seliat Numan; Pemaju Mukim, Abd. Rahim Haji Lassim; Ketua Kampung Pengalat Besar, Haji Usih Jaya; Ketua Kampung Sakayan, Haji Ramli Tajuddin; Pengerusi JKKK. Sakayan, Haji Abd. Majid Jumat; Pengerusi JKKK. Pengalat Besar, Basni Japar; Ketua Kampung Santing, Rahmat Wahab; Pengerusi AJK Masjid Beringgis, Aziz dan masyarakat setempat.

Komen


Berita Berkaitan