Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,500 RUMAH PPR AKAN DIBINA DI SANDAKAN – MUSA

ppr sandakan

SANDAKAN, 6 Mac : Kerajaan akan membina sebanyak 1,500 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memenuhi keperluan rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah di daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ia sejajar dengan usah kerajaan untuk memastikan rakyat dapat tinggal di rumah yang lebih selesa.

“Pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan, surau dan kemudahan lain oleh kerajaan di taman perumahan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Taman Harmoni dekat sini, hari ini.

Sebanyak 1,000 unit rumah dibina di PPR itu.

Musa berkata kerajaan membangunkan perumahan seperti ini bukan sahaja di Sandakan tetapi seluruh Sabah secara berterusan.

Katanya kritikan pembangkang kepada kerajaan sangat jauh tersasar sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti menyediakan rumah untuk rakyat.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan akan memastikan setiap rakyat yang belum memiliki rumah di negeri ini dapat menikmati kemudahan rumah yang kerajaan sediakan.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan