Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,500 Penduduk Keningau Gotong-royong Kawal Denggi, Virus Zika Dan Chikungunya

9:05pm 09/09/2016 Pak Roshan 150 views Berita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Tempatan
Gotong-Royong Perdana Kempen Kawalan Zika, Denggi & Chikukunya Peringkat Daerah Keningau dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Sairin Karno, ADUN Liawan.

Gotong-Royong Perdana Kempen Kawalan Zika, Denggi & Chikukunya Peringkat Daerah Keningau dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Sairin Karno, ADUN Liawan.

KENINGAU : Seramai 1,500 penduduk Keningau daripada pelbagai lapisan hari ini mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong perdana sempena kempen mengawal penyakit Zika, Denggi dan Chikungunya di daerah pedalaman berkenaan.

Aktiviti gotong royong yang bermula seawal 8 pagi berkenaan disertai pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan dan dilancarkan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan Datuk Sairin Karno.

Kerja gotong-royong di kawasan pekan Keningau, antaranya menyasarkan aktiviti pembersihan parit serta tempat-tempat pembuangan sampah yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman berkata, walaupun daerah Keningau diletakkan sebagai antara daerah penyumbang tertinggi kes denggi di Sabah dan disifatkannya sebagai membimbangkan, namun penularannya berjaya dibendung dengan adanya program pembasmian secara berterusan yang dijalankan di daerah itu.

Sehingga hari ini (Jumaat), sebanyak 100 kes denggi dicatatkan di daerah itu yang melibatkan 17 kampung di daerah pedalaman itu, kata Yusop kepada pemberita sempena program gotong-royong berkenaan.

Yusop berkata, penularan denggi di daerah itu sebahagiannya berpunca daripada sikap sesetengah penduduk yang kurang peka mengenai kebersihan dengan membiarkan tempat-tempat pembiakan nyamuk ades wujud di kawasan mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Daerah, sikap orang ramai adalah antara penyumbang penularan penyakit itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan