Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,500 orang sertai HSN peringkat daerah Putatan

12:43pm 08/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Kota Kinabalu,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
KENANGAN... Yahya merakamkan gambar kenangan bersama peserta HSN peringkat daerah Putatan 2016

KENANGAN… Yahya merakamkan gambar kenangan bersama peserta HSN peringkat daerah Putatan 2016

PUTATAN- Kira- kira 1,500 orang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan orang awam menyertai Hari Sukan Negara peringkat Daerah Putatan 2016, disini, hari ini.

Terdapat beberapa acara yang berlansung sempena program tersebut. Diantaranya ialah senamrobik, larian Hari Sukan Negara (HSN)@Putatan, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan serta pameran dan jualan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan masyarakat yang cergas fizikal dan mental serta menjamin kesihatan badan.

” Hari Sukan Negara bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Hari Sukan Negara peringkat daerah Putatan.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat supaya sentiasa menjalani hidup aktif dengan mengamalkan budaya sukan dalam kehidupan seharian dan sedar kepentingan menjaga kesihatan diri.

” Berdasarkan kajian perubatan British, The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 % terdiri daripada lelaki dan 49 peratus wanita, di mana pada keseluruhannya 45.3 peratus rakyat negara ini berdepan dengan masalah obesiti.

” Antara punca kepada isu ini adalah ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga atau kalori dalam makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.  Sekiranya kalori yang diambil berlebihan atau tidak digunakan untuk melakukan aktiviti fizikal, masalah obesiti akan berlaku,” katanya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan