Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1500 golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan raya

1:10pm 03/07/2016 Leolerry Lajius 34 views Tempatan
Ramlee menyampaikan sumbangan kepada para penerima sempena majlis berkenaan.

Ramlee menyampaikan sumbangan kepada para penerima sempena majlis berkenaan.

SEMPORNA: Sebanyak 1,500 golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Cawangan UMNO, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Imam-Imam DUN Bugaya menerima sumbangan raya di Dewan Terbuka rumah kediaman Adun Bugaya yang disampaikan oleh Datuk Ramlee Marhaban.

Dalam majlis itu Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata  sumbangan yang diberikan kepada golongan kurang bernasib baik ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka disamping bagi menceriakan kehidupan mereka terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Beliau berkata, amat perlu golongan ini diberi perhatian supaya dapat sama-sama bergembira dan berseronok seperti orang lain sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Aidilfitri seperti orang lain.

Menurutnya, nasib mereka sentiasa mendapat perhatian daripada banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun sumbangannya sedikit tetapi ia memberikan makna yang cukup besar kepada mereka dan saya berharap masyarakat turut sama terlibat untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa dan dan Penyampaian sumbangan kepada 1,500 penerima di Dewan Terbuka rumah kediaman Adun Bugaya, baru-baru ini.

Lebih kurang 2,000 masyarakat hadir pada majlis tersebut. Turut hadir sama isteri Adun Bugaya, Datin Sarimah Busuran, Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Bullah, Pegawai Sumber Manusia Warisan Harta Sdn.Bhd Negeri Sabah Sharif Abdullah Sharif Along serta pemimpin masyarakat dan ahli-ahli jawatankuasa UMNO bahagian Semporna, Wanita dan Puteri UMNO./SayangSabah

Ramlee bersalaman dengan masyarakat yang hadir sempena majlis berkenaan.

Ramlee bersalaman dengan masyarakat yang hadir sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan