Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,500 bubur lambuk diagihkan kepada penguna jalan raya

BUBUR: Amirhamzah (tengah) bersama RT Taman Murni menyerahkan bungkusan bubur lambuk.
BUBUR: Amirhamzah (tengah) bersama RT Taman Murni menyerahkan bungkusan bubur lambuk.
SANDAKAN – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni telah mengagihkan sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya serta penduduk di kawasan perumahan itu sempena Program Ikatan Kasih `Agihan Bubur Lambuk’, di sini semalam.
Bubur lambuk itu disediakan secara gotong-royong oleh jiran wanita bermula pukul 10 pagi sebelum diagih-agihkan kepada para penerima oleh Rukun Tetangga (RT) Taman Murni kira-kira pukul 4 petang.
Pengerusi RT Taman Murni, Amirhamzah Zakaria berkata, program berkenaan merupakan tahun keempat dianjurkan dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu termasuk mereka yang menyalurkan sumbangan barangan keperluan dan tenaga kerja.
Tambahnya, dengan adanya kerjasama padu dalam kalangan penduduk, program yang dianjurkan menjadi lebih mudah dan bermanfaat kepada semua pihak, meskipun sekadar di peringkat taman perumahan.- AA / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan