Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

150 sertai seminar Tenaga Hijau anjuran IDS

IDS

KOTA KINABALU: Institut Pembangunan Penyelidikan (IDS) Sabah akan menganjurkan seminar berkaitan Pemantapan Tenaga Hijau di Sabah pada 10 September ini.
Pengarah Eksekutif IDS, Datuk Mohd. Hasnol Ayub berkata, seminar sehari itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
“Seminar yang bakal membincangkan isu berkaitan tenaga hijau di negeri ini turut mendapat kerjasama daripada Kondrad-Adenaeur-Stiftung (KAS). Kita jangkakan seramai 150 peserta bakal menyertai seminar itu yang terdiri daripada orang awam, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Malaysia pada masa ini bergantung kepada pengeluaran tenaga tradisional seperti arang batu, minyak dan gas asli untuk bekalan tenaga.
Walau bagaimanapun, katanua, tenaga tradisional ini bukan boleh diperbaharui dan akhirnya akan merosot menjadi lebih mahal dan merosakkan alam sekitar.
Katanya, kerajaan sedang giat untuk menggiatkan pembangunan teknologi hijau, yang bukan sahaja boleh diperbaharui tetapi mampu membantu masyarakat dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi dan alam sekitar.
Jelasnya, seminar itu bertujuan memberikan maklumat terkini yang berkaitan dengan kemajuan yang dicapai dalam teknologi hijau, wawasan peluang perniagaan baru yang berkaitan dengan teknologi hijau dan memahami polisi kerajaan.
“Selain itu, ia juga menjadi platform untuk kita mengetengahkan mekanisme sokongan yang ada dan insentif untuk pembangunan tenaga hijau di negara ini
“Selaras dengan usaha kerajaan Persekutuan untuk membangunkan teknologi hijau, kerajaan negeri telah menggalakkan penggunaan dan amalan teknologi hijau untuk mengurangkan secara beransur-ansur kebergantungan terhadap tenaga asli,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan