Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

150 orang sertai Larian Ambang Merdeka

3:02pm 16/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 212 views Tempatan
KENANGAN... Yandy (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ajk pelaksana larian

KENANGAN… Yandy (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ajk pelaksana larian

Kota Kinabalu : Seramai lebih 150 orang peserta sekitar daerah Lahad Datu dijangka akan memeriahkan Larian di Ambang Merdeka yang akan berlangsung 30 Ogos depan.

Program yang akan diadakan bertempat di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 16 itu membabitkan larian sejauh 10 kilometer dan akan dilepaskan oleh Guru Besar Sekolah, Jannah Madullah.

Ketua Penyelaras, Yandy Merika berkata, larian yang turut diadakan sekitar Felda Sahabat Desa Kencana itu terbuka kepada tiga kategori iaitu Lelaki Lelaki Terbuka; Wanita Terbuka dan Murid Terbuka.

“Ini adalah pertama kali kami adakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2016 yang mensasarkan kepada murid sekolah sekitar zon Tungku Lahad Datu.

“Selain itu juga, larian ini turut mensasarkan guru-guru sekitar daerah Lahad Datu dan masyarakat Desa Kencana,”katanya ketika dihubungi disini, semalam.

Yandy berkata, program larian itu juga adalah bagi merapatkan hubungan antara warga sekolah dengan komuniti setempat dan masyarakat sekeliling.

Katanya, aktiviti sukan itu juga adalah bagi menjalink an hubungan kerjasama, semangat membantu serta semangat bertanggungjawab antara guru,murid dan peserta.

“Selain itu, program ini turut menyedarkan masyarakat sekeliling betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian.

“Sudah tentu, larian ini juga mampu menimbulkan semangat patriotik dikalangan masyarakat khususnya masyarakat di Felda Sahabat Desa Kencana Lahad Datu sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia,”katanya.

Terdahulu, bagi peminat sukan larian yang ingin menyertai dan mendaftar boleh menghubungi 0198033390.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan