Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

150 khemah dibina untuk mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau

Nasir Sakaran (kiri); Abdul Rashid (dua kiri) dan Chacho (tengah) diberikan taklimat mengenai pemasangan khemah penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau sempena lawatan itu di Semporna.
Nasir Sakaran (kiri); Abdul Rashid (dua kiri) dan Chacho (tengah) diberikan taklimat mengenai pemasangan khemah penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau sempena lawatan itu di Semporna.

SEMPORNA – Kerajaan kini sedang menyediakan tapak seluas lebih dua hektar bagi mendirikan khemah penempatan dan  pelbagai kemudahan sementara untuk kediaman 2,500 mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran ketika melakukan lawatan  ke lokasi penempatan khemah sementara itu, memberitahu kerajaan akan terus berusaha memberikan bantuan kepada kesemua mangsa terlibat dan menempatkan khemah khas dengan pelbagai kemudahan asas berhampiran kampung berkenaan.

Katanya, sehingga kini sebanyak 150 buah khemah khas telah dibina dan kerajaan akan meneruskannya pembinaan lain-lain kemudahan bagi keperluan mangsa-mangsa kebakaran itu.

Lawatan itu turut disertai Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bulah; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun dan Pegawai Perhubungan Parlimen Semporna, Hasbullah Raudah.

Nasir berkata, di kawasan penempatan itu juga akan didirikan pelbagai kemudahan asas termasuk bangunan dapur memasak, tandas serta kemudahan awam untuk kegunaan lebih mangsa yang terlibat dalam kebakaran pada awal pagi 25 Mac lalu.

Sementara itu, Chacho berkata, pihaknya masih lagi menjalankan bancian bilangan rumah dan penduduk yang benar-benar terlibat dalam kebakaran itu bagi memastikan bantuan kerajaan diagihkan dengan adil dan saksama kepada semua mangsa yang benar-benar terlibat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan