Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

150 kediaman musnah kebakaran di Kunak

kunak

KUNAK: Sebanyak 150 rumah termasuk setinggan dan rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan, dekat sini, jam 1.30 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan perkampungan seluas 1.6 heKtar itu dapat dikawal jam 5.30 pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang, ketika dihubungi berkata, tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan hingga setakat ini.

Beliau berkata, setakat ini anggaran mangsa yang hilang tempat tinggal ialah antara 1,000 hingga 2,000 orang.

“Penempatan itu didiami oleh warga tempatan serta sebahagian lagi warga asing. Kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Kunak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.48 pagi dan dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami turut menerima bantuan satu jentera bomba dan enam anggota dari balai Tawau. Kami sampai ke tempat kejadian pukul 1.51 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal lebih kurang 5.20 pagi dan operasi selesai sepenuhnya 7.59 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam siasatan, katanya.

Komen


Berita Berkaitan