Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

150 KANAK-KANAK TABIKA KEMAS DIPINDAHKAN KE TADIKA SINAR HARAPAN

Sim-Sim: Datuk Raymond Tan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.
Sim-Sim: Datuk Raymond Tan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

SANDAKAN- Seramai 150 kanak-kanak yang bersekolah di Tabika KEMAS di Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim di sini akan dipindahkan sementara ke Tadika Sinar Harapan yang terletak berhampiran selepas bangunan kelas itu musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan berkata, pihaknya juga akan memberi perhatian terhadap beberapa bentuk bantuan seperti baju, kasut dan buku sekolah khusus untuk kanak-kanak terlibat bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah.

Tadika Sinar Harapan mampu menerima kanak-kanak dari Tabika KEMAS meskipun kini sudah mempunyai 150 murid. Kita juga tiada masalah sekiranya cikgu-cikgu dari tabika itu datang mengajar di tadika ini.

Mereka akan berada di sini sehingga kita dapat cari atau bina kelas baharu. Saya akan berbincang dengan pihak KEMAS di Kota Kinabalu berhubung perkara ini. Mungkin kita bina semula di tapak itu, bagaimanapun ia akan mengambil masa,” katanya pada Isnin selepas melawat tapak kebakaran yang memusnahkan empat buah rumah dan sebuah tabika di Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim di Sandakan.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Am Sandakan telah mengesahkan kejadian kebakaran berkenaan melibatkan seramai 59 mangsa daripada enam buah keluarga.-AA/ sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan