Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

150 jerigen minyak petrol untuk seludup, dirampas

3:32pm 29/11/2016 Pak Roshan 28 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna merampas 150 jerigen berisi minyak petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke Filipina selepas menahan sebuah bot jongkong di perairan Kampung Sum Sum, Ahad lepas.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna (PMP), Leftenan Komander Maritim Kama Azri Kamil berkata tekong bot bersama dua awak-awak berumur lingkungan 36 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut ditahan.

“Bot itu ditahan kira-kira 3.40 petang ketika berada dalam lokasi pengawasan rutin Maritim Malaysia (APMM).

Turut dirampas sembilan kotak tepung gandum dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah lebih kurang RM36,350,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

Kama berkata penduduk tempatan boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi PM9 di talian 089-782619. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan