Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

15 tentera Filipina maut bertempur dengan Abu Sayyaf

2:45pm 30/08/2016 Pak Roshan 4084 views Global
ANGGOTA tentera Filipina memeriksa mayat tentera militan Abu Sayyaf yang terbunuh dalam pertempuran di selatan negara itu pada 27 Ogos lalu. - Foto EPA

ANGGOTA tentera Filipina memeriksa mayat tentera militan Abu Sayyaf yang terbunuh dalam pertempuran di selatan negara itu pada 27 Ogos lalu. – Foto EPA

MANILA: Militan Abu Sayyaf membunuh 15 tentera Filipina dalam pertempuran sengit di kawasan bergolak di selatan negara itu, kekalahan terbesar kerajaan dalam sehari, menurut pegawai tentera, semalam.

Jurucakap tentera berkata, lima tentera cedera dalam pertempuran lebih dua jam yang turut membunuh dua anggota militan di kawasan pergunungan dekat bandar Patikul, dalam wilayah Sulu, tempat Abu Sayyaf menyembunyikan kebanyakan mangsa culik mereka.

Komander Wilayah Tentera Filipina, Mejar Filemon Tan, berkata kumpulan terbabit terdiri daripada 70 militan diketuai Komander Abu Sayyaf, Radulan Sahiron, penyerang bersenjata yang menjadi buruan pihak berkuasa Filipina dan Amerika Syarikat kerana pembabitannya dalam pengeboman, penculikan dan jenayah lain.

Presiden Rodrigo Duterte, mengarahkan agar tentera kerajaan memburu dan memusnahkan tempat persembunyian mereka di hutan susulan tindakan pengganas itu memenggal kepala penduduk kampung miskin yang tidak mampu membayar wang tebusan.

Pada masa sama, presiden itu meneruskan rundingan damai dengan dua kumpulan pemisah Islam utama, termasuk Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Anggota kumpulan ini disyaki memberikan bantuan dan sokongan ketenteraan kepada Abu Sayyaf pada masa lalu. – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan