Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

15 suspek serangan bom Bangkok gagal dikesan

10:46am 21/04/2016 Pak Roshan 8 views Global
YUSUFU Mieraili (depan) dan Adem Karadag (belakang) dikawal ketat polis ketika dibawa ke mahkamah tentera Bangkok, semalam.

YUSUFU Mieraili (depan) dan Adem Karadag (belakang) dikawal ketat polis ketika dibawa ke mahkamah tentera Bangkok, semalam.

Bangkok: Polis Thailand gagal mengesan 15 suspek serangan bom di sebuah kuil di tengah Bangkok pada tahun lalu yang menyebabkan 20 maut dan lebih 120 lagi cedera, kata pegawai semalam.

Dua lelaki etnik Uighur dari China menjadi suspek utama yang berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah mahkamah tentera semalam untuk dibicarakan.

Tiada kumpulan yang mengaku melancarkan serangan di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu.

Penganalisis dan diplomat berpendapat, serangan itu dilakukan oleh kumpulan Uighur yang berang selepas Bangkok menghantar pulang lebih 100 etnik itu ke China.

Dua suspek berkenaan, Yusufu Mieraili dan Adem Karadag ditangkap tidak lama selepas serangan itu dan mengaku tidak bersalah ketika didakwa di mahkamah.

Polis juga mengeluarkan 15 waran tangkap terhadap 15 individu di mana lapan daripada mereka adalah warga Turki atau berada di Turki.

“Kami tidak tahu di mana mereka berada.

“Semua suspek ini berusaha keras untuk melarikan diri,” kata jurucakap polis, Songpol Wattanachai. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan