Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

15 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Pitas

gambar hiasan
gambar hiasanomba

KOTA KINABALU : Sebanyak 15 buah rumah setinggan dan sebuah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Telaga, Pitas dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.53 pagi dan sampai ke tempat kejadian pukul 4.04 pagi.

“Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari balai Kota Marudu dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak bomba mendapat sumber air dari perigi berhampiran dan operasi tamat sepenuhnya pukul 6.54 pagi.

Mohd Affendy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan