Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

15 Rumah PATI Dikesan Curi Air

10:12am 07/03/2017 Pak Roshan 839 views Jenayah,Mutakhir

TAWAU : Jabatan Air Negeri Sabah Bahagian Tawau mengesan kira-kira 15 rumah di kawasan Batu 4 Jalan Apas di sini didiami pendatang asing tanpa izin (PATI), melakukan penyambungan air secara haram.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Ishar Hamka Ismail berkata berikutan pengesanan itu pihaknya bertindak memotong peralatan yang digunakan PATI untuk kegiatan mencuri bekalan air.

“Air dicuri dari kawasan industri Batu 4 dan disalurkan ke kawasan setinggan yang didiami PATI.

“Kita terpaksa menggunakan jentera untuk membuat pemotongan kerana paip-paip sepanjang 200 meter disambung dengan paip utama yang terletak 6 kaki dalam di bawah longkang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Namun Ishar berkata, tiada kompaun dikeluarkan ekoran kesemua PATI melarikan diri dan laporan polis akan dibuat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan