Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

15 rentung di pasar Manila

10:44am 01/11/2015 Pak Roshan 276 views Global
PENIAGA mencari sisa barangan jualan yang terselamat dalam kebakaran pasar di Zamboanga semalam.

PENIAGA mencari sisa barangan jualan yang terselamat dalam kebakaran pasar di Zamboanga semalam.

Manila: Seramai 15 orang termasuk enam kanak-kanak rentung semalam selepas terperangkap di sebuah pasar di Zamboanga, selatan Filipina yang terbakar, kata polis.

Jurucakap polis, Joel Tuttuh berkata, semua mangsa tidur di dalam bangunan yang berkunci berkenaan sebelum kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas tercetus sebelum subuh.

Peniaga dan keluarga mereka biasanya bermalam di pasar berkenaan untuk menjaga barangan jualan seperti pakaian terpakai dan sayuran.

Ujarnya, bangunan itu mempunyai banyak pintu keluar tetapi ketika kejadian hanya satu yang tidak berkunci.

“Semua mangsa yang terbunuh terperangkap dalam bangunan yang terbakar.

“Mereka gagal mencari jalan keluar,” jelasnya.

Tambahnya, dua daripada enam kanak-kanak yang maut itu berusia satu tahun.

“Tiga belas lagi mangsa dirawat di hospital akibat melecur teruk,” katanya.

Kebakaran yang meragut banyak nyawa sering terjadi di kawasan setinggan, kilang atau pasar raya di Filipina ekoran kelemahan pemantauan keselamatan bangunan.

Pada Mei lalu, seramai 72 maut selepas sebuah kilang kasut di pinggir Manila terbakar. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan