Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

15 Rakyat Palestin Terkorban Di Gaza Waris Duta Baru Palestin Ke Malaysia

duta palestin

KOTA KINABALU– Lima belas daripada 145 rakyat Palestin yang terkorban di Gaza, ekoran keganasan dan serangan udara terbaru Israel di Gaza adalah waris kepada Duta Besar baru Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H. Al Agha.

Beliau berkata 15 orang itu, kebanyakannya sepupu, tinggal di tiga rumah bila mereka terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Dr Anwar berharap masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mengheret negara Yahudi itu ke mahkamah antarabangsa kerana kebanyakan yang terbunuh pada hakikatanya adalah orang awam dan kanak-kanak.

“(Kali ini) keganasan Israel terhadap rakyat Palestin merupakan antara yang terburuk sejak 2008 dan 2009.

“Israel tidak menghormati aktiviti agama rakyat Palestin kerana sekalipun dalam Ramadan, mereka tetap melakukan serangan dan pembunuhan terhadap rakyat di Gaza,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini hari Rabu.

Mengenai sokongan Kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, duta itu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin kerana ia percaya rakyat itu mempunyai hak untuk menegakkan negara mereka, Palestin.

Komen


Berita Berkaitan