Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

15 orang pelajar cemerlang PT3 dan SPM menerima komputer riba

DSC02623
V. Jothi bersama 15 orang pelajar cemerlang ketika penyampaian komputer riba atas keputusan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan  SPM dan PT3 2015

KOTA KINABALU – Seramai kira-kira 15 orang anak kepada ahli Kongres India Se-Malaysia (MIC) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 2015 telah menerima sumbangan komputer riba di Pejabat MIC Sri Kepayan yang telah disampaikan oleh Pengerusi MIC Negeri Sabah, Datuk V. Jothi, semalam.

“MIC Sabah amatlah mementingkan pendiddikan. Biro pendidikan MIC sentiasa memantau perestasi pelajaran masyarakat India di Sabah… Kami juga telah menyediakan biasiswa dan memastikan tempat di institut pengajian tinggi kepada pelajar yang layak”,kata V. Jothi.

Menurutnya lagi, MIC tidak mengambil remeh masa depan para pelajar. Walaupun begitu, ibu bapa dan komuniti perlu bekerjasama dan berusaha untuk menjadikan pendidikan sebagai agenda peribadi seterusnya agenda di peringkat negeri.

DSC02607

Di samping itu, selain mengumumkan ahli komiti tertinggi MIC Sabah yang baharu, V. Jothi juga mengumumkan keputusan mesyuarat agung MIC yang diadakan terdahulu.

Katanya, MIC bakal membuka tiga lagi cawangan bahagian di Sabah iaitu di Sepangar, Penampang dan Putatan.

Tambahnya lagi, tiga buah kuil iaitu Sri Sithirinayagar, Sandakan, Sri Murugan, Tawau dan Sri Pasupathi telah menerima peruntukkan baik pulih sebanyak RM20,000 bagi setiap kuil daripada kerajaan persekutuaan melalui Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

“Kami membuat keputusan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menerajui kerajaan Malaysia… Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah diatas keperihatinan mereka dimana masyarakat India telah pun mendapat biasiswa kerajaan negeri”, kata V. Jothi semasa ditemui media. Oleh Syafathin M.Y./SayangSabah

DSC02627
V. Jothi bersama para pemimpin tertinggi MIC Sabah ketika sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Negeri Sabah, Sri Kepayan, semalam.

Komen


Berita Berkaitan