Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

15 disaman, tujuh ditahan

Polis menjalankan ujian kandungan alkohol terhadap pemandu semasa sekatan jalanraya tersebut. - Foto IPD Kota Kinabalu
Polis menjalankan ujian kandungan alkohol terhadap pemandu semasa sekatan jalanraya tersebut. – Foto IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Op Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan polis di sekitar bandaraya ini menyaksikan sebanyak 15 keping saman Pol257 dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Operasi yang diadakan di Jalan Coastal Imago, Jalan Lintas – Luyang dan One Borneo, di sini bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga 5.30 pagi Ahad itu, turut menahan enam lelaki selepas didapati positif dalam ujian alkohol.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, enam suspek berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik IPD untuk pemeriksaan lanjut menggunakan alat ujian SDII.

“Hasil pemeriksaan lanjut menyaksikan kesemua yang ditahan itu didapati telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol berlebihan mengikut,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga berkata, seorang lelaki berumur lingkungan 20an ditahan selepas didapati menunggang motorsikal secara melulu dan berbahaya.

“Dua buah motorsikal turut disita atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 60 akta yang sama,” katanya lagi.

Seramai 25 anggota dan dua pegawai Polis Trafik dan Balai Polis Kota Kinabalu terlibat dalam menjayakan operasi tersebut. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan