Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,412 dvd dirampas dalam dua serbuan

Beginilah keadaan  DVD yang dirampas dalam serbuan. - foto Kalawon Sawing
Beginilah keadaan DVD yang dirampas dalam serbuan. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Sejumlah 1,412 keping cakera video digital (DVD) dirampas dalam dua serbuan berasingan dua buah premis di  Pekan Keningau menerusi Ops Ostrich, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan seorang lelaki dan wanita tempatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem,” katanya selepas merasmikan bulan perhimpunan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah IPD  Keningau di Dataran Kawad di sini hari ini.

Douglas berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membenteras kegiatan tersebut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan