Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

14 terkubur dalam perancah

PEKERJA dan penyelamat mencari mangsa. Gambar kecil, Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
PEKERJA dan penyelamat mencari mangsa. Gambar kecil, Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Hanoi: Sekurang-kurang 14 terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas perancah runtuh di kilang besi di tengah Vietnam.

Menurut pengurus Pejabat Jawatankuasa Rakyat, Le Minh Dao, kejadian berlaku ketika pekerja membina konkrit bata sebagai sebahagian projek tembok laut, kelmarin di wilayah Ha Tinh.

“Kami berjaya mengeluarkan 12 mayat setakat ini. Dua lagi mayat akan dikeluarkan dari runtuhan tidak lama lagi,” katanya.

Kata Le, sekurang-kurangnya 700 orang dikerahkan semalaman untuk membantu pekerja di tempat kejadian itu yang turut melihat 28 orang mengalami kecederaan.

Media melaporkan kebanyakan mangsa cedera dihantar ke hospital untuk diberi rawatan termasuk beberapa yang parah.

Le berkata, punca perancah itu runtuh masih belum diketahui dan siasatan akan dijalankan secepat mungkin.

Menurut pegawai, kompleks industri itu dimiliki syarikat Taiwan, Formosa Plastics.

Laporan media menyatakan, projek pembinaan itu diberi kepada sub kontraktor – syarikat pembekal buruh tempatan – hasil pelaburan daripada Samsung C&T, anak syarikat Samsung, Korea Selatan.

Formosa Plastic sedang membina kompleks besi di zon industri Vung Ang di Ha Tinh.

Tapak bernilai AS$8 bilion (RM29 bilion) itu menjadi sasaran rusuhan anti-China Mei tahun lalu selepas Beijing menggunakan pelantar minyak di perairan yang dituntut Vietnam.

Kompleks Formosa di Ha Tinh dirampas, dimusnah dan sebahagiannya dibakar perusuh, hingga mengakibatkan sekurang-kurang dua pekerja China mati dan lebih daripada 100 yang lain – terdiri daripada pekerja China dan Vietnam – cedera. -AFP

Komen


Berita Berkaitan