Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 tahun melekat

9:40am 19/10/2016 Pak Roshan 519 views Global
VEENA dan Vani dibesarkan kakitangan hospital sejak 2004. - DM

VEENA dan Vani dibesarkan kakitangan hospital sejak 2004. – DM

New Delhi: Sepasang kembar siam yang ditinggalkan ibu bapa mereka selepas dilahirkan menyambut ulang tahun mereka yang ke-14, semalam.

Veena dan Vani dibesarkan kakitangan hospital sejak 2004 selepas ditinggalkan ibu bapa mereka atas alasan tidak mampu menjaga mereka.

Sepanjang hidup mereka, kedua-dua beradik itu lebih banyak berada di dalam bilik mereka yang cuma mempunyai satu tingkap untuk mereka melihat ke luar.

Ibu bapa mereka yang berasal dari Hyderabad, meninggalkan mereka di situ selepas pembedahan awal untuk memisahkan mereka dijalankan. Mereka berjanji mengambil kanak-kanak itu semula jika pakar bedah berjaya menghabiskan keseluruhan proses itu.

Malangnya, pembedahan lanjut tidak pernah dilakukan dan pakar berkata, kemungkinan besar ia tidak akan dibuat kerana risiko terhadap mereka meningkat seiring dengan usia mereka. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan