Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

14 tahun impi mati

VERA menghabiskan masa sehari dalam keranda. Gambar kecil, rakan yang turut memberi sokongan kepada Vera. FOTO Agensi
VERA menghabiskan masa sehari dalam keranda. Gambar kecil, rakan yang turut memberi sokongan kepada Vera. FOTO Agensi

Camocim (Brazil): Sepanjang 14 tahun lalu Vera Lucia da Silva impikan untuk mengadakan upacara pengebumiannya sendiri ketika dia masih hidup.

Wanita berusia 44 tahun itu mengharungi kehidupannya dengan impian untuk menghabiskan sehari dalam keranda sementara ahli keluarga dan rakan datang menziarah mayatnya.

Katanya, ia hari paling bahagia dalam hidupnya.

Upacara pengebumian olok-olok itu diadakan Rabu lalu di sebuah rumah pengurusan mayat di Camocim, Brazil.

Walaupun ramai yang menentang ideanya, keluarga Vera dan rakannya datang pada hari berkenaan untuk memberi sokongan kepadanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan