Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 sekeluarga mati dikelar

10:53am 29/02/2016 Pak Roshan 2010 views Global
ORANG ramai berkumpul di luar rumah tempat kekejaman itu berlaku.

ORANG ramai berkumpul di luar rumah tempat kekejaman itu berlaku.

Mumbai : Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, temasuk tujuh kanak-kanak dengan pisau pemotong daging sebelum membunuh diri.

Kejadian berlaku selepas keluarga itu berkumpul untuk menghadiri satu majilis di sebuah rumah di Thane, kira-kira 32 kilometer dari Mumbai, lewat kelmarin.

“Penyerang, Hasnion Anwar Warekar, menggantung dirinya selepas mengelar leher semua anggota keluarganya, termasuk ibu bapanya,” kata jurucakap polis, Gajanan Laxman Kabdule.

Satu-satunya mangsa, adik Hasnion, dibawa ke hospital selepas jiran mendengar jeritannya meminta bantuan sejurus selepas tengah malam.

“Kami masih belum dapat menyoal wanita itu yang masih dalam trauma di hospital,” kata Kabdule.

Menurut beberapa media tempatan, Hasnion membunuh keluarganya selepas dipercayai mencampurkan bahan pengkhayal ke dalam makanan mereka.

Bagaimanapun, akhbar Indian Express melaporkan, akauntan bertauliah itu mengelar leher mangsanya selepas mereka tidur setelah mereka memutuskan untuk tidur di rumah itu.

“Siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengunci semua pintu dan melakukan pembunuhan itu ketika semua mangsa tidur. Kami menemui pisau berkenaan berhampiran mayatnya,” kata seorang lagi pegawai kanan polis Thane, Ashutosh Dumbre. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan