Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

14 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Rumah penduduk yang musnah dalam kebakaran. - foto ihsan JBP Tawau
Rumah penduduk yang musnah dalam kebakaran. – foto ihsan JBP Tawau

TAWAU – Seramai 14 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami musnah dalam kebakaran di Batu 18, Jalan Quin hill, Kampung Iban, Kuala Nansang, di sini semalam.

Walau bagaimanapun, kesemua mangsa disahkan selamat dalam kejadian itu yang memusnahkan dua buah rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian dengan kekuatan seramai 13 anggota dan empat jentera.

“Setibanya di lokasi sebanyak dua buah rumah musnah sama sekali (sebuah rumah separuh kekal dan sebuah rumah kekal konkrit) dan pihak bomba menggunakan dua pancutan air 200 kaki daripada jentera dan air terbuka (sungai),” katanya.

Beliau menganggarkan kerugian sebanyak RM380, 000 sambil menjelaskan punca kejadian masih dalam siasatan. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan