Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu di dua lokasi berasingan

4:07pm 25/11/2016 Pak Roshan 337 views Jenayah,Mutakhir
PERIKSA… Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dirumah- rumah setinggan.

PERIKSA… Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dirumah- rumah setinggan.

LAHAD DATU : Seramai 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dalam Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Bakau Baru dan rumah setinggan Jalan Assam, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, kesemua mereka yang ditahan itu terdiri lima lelaki dewasa, empat wanita, tiga kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki. Semuanya adalah warga Filipina berusia antara satu hingga 56 tahun.

“Dalam dua operasi berasingan yang dijalankan, kita pada mulanya telah memeriksa seramai 65 individu.

“Namun, selepas pemeriksaan dokumen dilakukan hanya 14 PATIditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri masing-masing apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa,”katanya di sini, semalam.

Sementara itu kata Hamzah, operasi yang bermula pada pukul 1 hingga 4 pagi itu telah disertai seramai 46 orang termasuk pegawai dan anggota dari IPD Lahad Datu, BN 17 PGA, ATM, Imigresen dan juga Majlis Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh Inspektor Saharulzaman Alizaman.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kebanjiran PATI di daerah ini,” katanya lagi. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan