Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

14 juta kunjungi Makkah 16 hari pertama Ramadan

PEMANDANGAN di Masjidil Haram, semalam.
PEMANDANGAN di Masjidil Haram, semalam.

Jeddah: Lebih 14 juta jemaah mengunjungi Makkah pada 16 hari pertama Ramadan, meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Gabenor Makkah Putera Khalid Al Faisal kelmarin.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan aplikasi baru telefon pintar yang membantu jemaah melakukan ibadah mereka dalam 34 bahasa.

Sementara itu, masjid di seluruh Arab Saudi memulakan Qiamullail jam 1 pagi kelmarin sempena permulaaan 10 hari terakhir Ramadan.

Untuk membolehkan jemaah melakukan ibadah dengan selesa, baik di dalam mahupun di perkarangan masjid, syarikat yang dibayar untuk menjaga kebersihan masjid mengerah kakitangan mereka bertugas sepanjang malam untuk memastikan bekalan air dan elektrik tidak terputus.

Rancangan diatur sebelum ini untuk memastikan semua masjid mampu menempatkan orang ramai yang ingin melakukan ibadah tengah malam itu, termasuk menyediakan ruang khas untuk wanita.

Seperti tahun sebelum ini, dermawan menyediakan minuman dan makanan untuk jemaah yang menghabiskan masa mereka berqiamullail di masjid .

Kementerian Hal Ehwal Islam dan Dakwah sebelum ini mengarah semua masjid dibuka sepanjang malam untuk 10 Ramadan terakhir.

Untuk menceriakan suasana, sesetengah masjid dihiasi dengan lampu warna-warni. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan