Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 Gerai Bazar Ramadan Dikompaun Pejabat Kesihatan Tawau

6:59pm 10/06/2016 Pak Roshan 7359 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Pemeriksaan dilakukan di sebuah gerai bazar Ramadan di Tawau pada tahun lalu.

Pemeriksaan dilakukan di sebuah gerai bazar Ramadan di Tawau. – Gambar Arkib SayangSabah

TAWAU : Sebanyak 14 gerai yang berniaga di bazar Ramadan sekitar Tawau dikompaun antara RM100 hingga RM500 oleh Pejabat Kesihatan Tawau atas pelbagai kesalahan berkaitan kesihatan dalam empat hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa.

Pegawai Kesihatan Daerah Rahman Sampe berkata antara kesalahan yang dilakukan peniaga ialah tidak mempunyai sijil kursus pengendalian makanan, tiada suntikan tifoid, berpakaian tidak sesuai dan membiarkan makanan terdedah.

Menurutnya, sebanyak 126 gerai diperiksa di empat lokasi bazar Ramadan iaitu di kawasan bazar Bangunan Mara, Dewan Masyarakat, Taman Ria dan Sabindo.

“Pemeriksaan berjalan setiap hari oleh 22 anggota dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang melanggar peraturan kerana semua peniaga telah diberi taklimat berkaitan kebersihan makanan sebelum bulan puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahman juga berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan peniaga yang gagal mengamalkan tatacara kebersihan penjualan makanan di bazar Ramadan.

Tindakan menutup gerai juga akan diambil jika didapati kotor dan tidak memenuhi standard kebersihan, katanya.

Beliau juga berkata pemeriksaan sampel makanan juga akan diambil untuk analisis mikrob dan jika didapati positif, tindakan pendakwaan akan diambil.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan