Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 Ditelan Arus

8:54am 15/12/2015 Pak Roshan 325 views Global
ANGGOTA penyelamat membuang air di dalam bot yang karam di Sungai Kampuas dekat Pontianak, kelmarin.

ANGGOTA penyelamat membuang air di dalam bot yang karam di Sungai Kampuas dekat Pontianak, kelmarin.

Pontianak: Empat maut termasuk seorang bayi manakala 10 lagi masih hilang selepas bot laju yang dinaiki mereka karam di sungai Kampuas berhampiran Kampung Baru dekat sini kelmarin, kata pegawai semalam.

Ketua agensi penyelamat Pontianak, Slamet Riyadi berkata, bot berkenaan dalam perjalanan dari Padang Tikar menuju Rasau Jaya sebelum melanggar kayu balak hanyut dan terbalik.

Katanya, kejadian kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan empat penumpang maut dan 10 masih hilang.

Katanya, ketika kejadian bot itu membawa 53 penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan iaitu 40 orang.

“Antara mangsa yang hilang ialah tiga kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“Kami mengerahkan berpuluh-puluh bot mencari mangsa yang hilang, tetapi air keruh, arus kuat dan banyak kayu balak terapung menyukarkan usaha menyelamat,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam usaha mencari masih diteruskan, tetapi tiada mayat mangsa yang ditemui.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Lutfi berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan dua anaknya dalam perjalanan pulang ke kampung.

Katanya, bot berkenaan tiba-tiba menyenget ke kanan selepas melanggar kayu balak menyebabkan air masuk sebelum terbalik.

“Semua penumpang tercampak dari bot dan kami berusaha berenang dalam arus sungai yang kuat.

“Dalam keadaan panik saya cuba mencari isteri dan anak saya tetapi mereka sudah tenggelam ditelan arus,” katanya sambil menangis.

Isteri Lutfi antara mangsa yang lemas, tetapi mayat dua anaknya masih belum ditemui.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan